Ulek Mayang

Ulek Mayang

Mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau setelah melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau. Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan. Namun keadaan itu tidak mengubah sedikitpun rasa cinta Ali kepada Mayang Sari. Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat Tok Bomoh (Latif Borgiba) untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Disebabkan akan kejadian tersebut, Mayang Sari menjadi semakin berasa enggan berpisah daripada Ali. Lalu Mayang Sari bertekad untuk senyap-senyap keluar dari istana setiap hari dan ingin menyamar sebagai manusia dan hidup dialam manusia agar dia sentiasa dapat bersama dengan Ali. Namun, lama kelamaan hal tersebut diketahui oleh Mayang Mengurai. Disebabkan timbulnya perasaan cemburu dan iri hati membuatkan Mayang Mengurai mula membongkarkan rahsia Mayang Sari kepada Baginda Raja yang juga merupakan adik bongsu mereka, iaitu Putera Mayang Mahkota (Fizo Omar) akan tentang hal perhubungan asmara rahsia Mayang Sari dengan seorang manusia bernama Ali. Mayang Mahkota yang mendengarkan akan hal itu daripada Mayang Mengurai berasa murka kemudian bertindak mengusir Mayang Sari dari istana dan alam mereka. Apakah yang akan terjadi selepas itu Bagaimanakah nasib Mayang Sari yang kini hidup sebagai manusia dan kehilangan segala kekuatan dan kelebihan yang ada padanya
Released: 2010
Genres: ["Drama","Fantasy"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres